Tip Amalan Menyimpan Syafieqah Alya( 24 tahun) Mampu Memiliki Rumah Superlink & Subaru



Kekalkan lifestyle asal walaupon gaji meningkat
------------------------------------
Alhamdulillah , Terima Kasih atas sokongan semua. Tak putus-putus dari semalam friend request yang masuk, terima kasih lagi sekali sudi berkawan dengan saya. Buat kawan-kawan alam maya yang Tak berhenti-henti pm saya minta tips dan guide. Di sini saya ingin kongsikan sedikit apakah cara yang saya lakukan. Moga-moga ianya memberi manfaat. Bagaimanapon setiap cara mengikut kemampuan setiap individu Itu sendiri.
Rahsia kejayaan saya hanyalah simpanan dan mengekalkan Gaya hidup seperti mula-mula kerja dahulu
Biarpun kenaikan gaji naik setiap tahun, allowance, bonus, komisen dan kerja part time ini tidak konsisten setiap bulan namun lebihan wang ini saya asing Kan untuk simpanan dalam ASB
Saya tidak berpakaian mewah, shopping setiap bulan, jalan-jalan di shopping complex, tengok wayang dan aktiviti lain seperti anak Muda lain walaupun saya berkemampuan berbuat demikian. Saya lebih suka jadi diri sendiri biarpun berkali-kali ditegur supaya Jangan susah Kan diri untuk korbankan masa Muda. Namun saya punya misi lebih besar.
Saya meletakkan beberapa target simpanan terlebih dahulu untuk ubah sedikit gaya hidup yang Saya mahukan. Contohnya sebelum Saya memiliki kereta baru, Saya pastikan simpanan saya pada satu tahap yang saya rasa selamat. Dalam apa keadaan sekalipon Saya mempunyai simpanan untuk digunakan dalam keadaan mendesak contohnya.
Pernah satu ketika dalam akaun gaji saya berbaki rm1 seminggu sebelum dapat gaji namun saya seboleh-bolehnya pertahankan simpanan Saya supaya tidak digunakan.
Kesimpulannya, kekalkan sementara lifestyle bila mula bekerja. Bila naik gaji, dapat komisen dan income extra simpan semua dahulu dalam tempoh 3 tahun. Pasti kita akan dapat hasil yang luar biasa. Saya sedar gaji kecil dan gaji besar tidak menentukan kita cukup atau tidak. Yang membuatkan kita cukup bila kita mempunyai simpanan. Selepas itu baru kita boleh cari Apa yang kita kehendaki.
Sekadar perkongsian, sekiranya ia bersesuaian maka ikutlah, tiada paksaan.

Kredit to  Syafieqah Alya


Share this

Related Posts

Previous
Next Post »